Sunday, 18 December 2011

PeRaSaaN iNi..

Aku selalu memikirkan erti sebuah kehidupan...
Mencari erti ketenangan ini..
Namun perasaan ini amat sukar ku tafsirkan..
Adakah ada rindu yg sedang bertaut?
Atau cinta yang sedang berputik..??

Jauh ku lari...
Meninggalkan hiruk pikuk kota..
Di sini.. Perasaan ini..
Mula merasai sesuatu..
Bagaimana aku dapat menafikan hakikat hati ini..

Sebuah pertemuan yang menjalin ikatan..
Merantai gelora di dalam jiwa..
Menambat hati dan perasaan..
Benarkah aku sudah mula merasa getarnya..??

Ku susuri setiap penjuru..
Perasaan ini tetap di sini..
Biarlah terus di sini..
Apakah sama yang ku rasakan?
Adakah kau merasai apa yang ku rasakan??
Barangkali ini hanyalah cetusan perasaan ku??
Barangkali kau tidak merasakannya..

Biarlah rasa ini ku pendam..
Untuk diriku saja..
Kerana perasaan ini sukar ku tafsirkan..
Hanya kedamaian ini yg ku cari..
Jauh di sudut hatiku..
Aku percaya kau pun begitu..

No comments:

Post a Comment